HANYA 4 AYAT, TETAPI KESANNYA LEBIH KUAT DARI SEPELUH BOM ATOM!!! (Bahagian 2)

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan Nama Allah - Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

HANYA 4 AYAT, TETAPI KESANNYA LEBIH KUAT DARI SEPELUH BOM ATOM!!!

SURAH AL IKHLAS

(SURAH NOMBOR 112)

CINTA ALLAH. CINTA NABI, CINTA QURAN. CINTA IBU BAPA KITA, CINTA SURAH AL IKHLAS”.

"ALLAH AKAN MENCINTAI KITA"

HANYA 4 AYAT, TETAPI KESANNYA LEBIH KUAT DARI SEPELUH BOM ATOM!!! (Bahagian 2)

Oleh

Abdul Wahap Bin Abdul Hamid


KEUNIKKAN SURAH AL IKHLAS

                    Mengikut pandangan Ustaz Abu Bakar Zoud. seorang pendakwah bebas di Amerika Syarikat, telah menyatakan dalam ceramah bertajuk “Amazing-Understanding Surah Al Ikhlas”, bahawa Surah Al Ikhlas adalah unik, Unik kerana Surah ini adalah secara eksklusif mengkisahkan hanya tentang Allah SWT sahaja. Surah ini juga unik dari bentuk dan pendekatan. Terdapat makna baru dalam Surah ini yang tidak terdapat di mana-mana dalam Kitab Al Quran.

Sebagai contoh, dalam ayat “Allahus Samad”, ayat ini tidak wujud di mana-mana dalam Kitab Al Quran, hanya dalam Surah Al Ikhlas sahaja.

Para ilmuwan Islam berpendapat bahawa Suratul Ikhlas ada 20 nama, Namun, nama Surah Al Ikhlas yang diberi oleh Rasulullah SAW yang paling popular. Para ilmuwan juga bersependapat bahawa, lagi banyak nama yang diberi kepada sesuatu Surah, maka lagi mulia atau tinggi darjat surah tersebut.

Ustaz Abu Bakar Zoud berpendapat bahawa terdapat 2 sebab mengapa Surah ini dikenali sebagai Surah Al Ikhlas. Surah Al Ikhlas pada asasnya adalah berkaitan dengan keikhlasan.

Mengikut pendapat beliau, sekiranya kita benar-benar memahami dan menghayati Surah ini serta mengamal maksudnya, kita pasti akan mencapai keikhlasan dalam penyembahan kita kepada Allah SWT.

Beliau menjelaskan bahawa Surah Al Ikhlas berasal dari perkataan ‘khalasa’ yang bermaksud membebaskan sesuatu dari sesuatu yang lain atau mengasingkan sesuatu dari sesuatu yang lain.

Jika seseorang keliru tentang Allah SWT, dan was-was tentang kewujudan Allah SWT, Surah ini berupaya untuk membebaskanya dari kekeliruan dan was-was, serta menanamkan keyakinan yang jitu tentang kewujudan Allah SWT didalam fikirannya.

Sheikh Abu Bakar Omar, seorang pendakwah bebas, dalam ceramah beliau bertajuk Secret of Surah Al Ikhlas” telah menjelaskan bahawa perkataan “Samad” disebut hanya SEKALI di dalam keseluruhan Kitab Al Quran ia itu dalam Surah Al Ikhlas sahaja. Apa maksud “Samad” dalam ayat “Allah huss Samad?”. “Samad” bermaksud lengkap serba serbi. Dalam Bahasa Arab purba, ia bermaksud, ‘Seorang tuan yang WAJIB dipatuhi’, atau ‘Apabila kita berada dengan tuan ini, kita tidak perlukan apa-apa atau orang lain’ atau ‘Tanpa kehendak dan izin tuan ini tidak apa-apa pun akan terjadi tanpa keputusaNya (Kun Faya Kun) atau ‘Tuan yang tidak memerlukan sesiapa atau apa-apa, tetapi kita memerlukanNya’.

Sekiranya seseorang membaca dan menghayati surah ini dan “menyerahkan diri sepenuhnya” kepada maksud surah Al Ikhlas ini dalam jiwanya, maka sesorang itu tidak perlukan sesiapa pun dalam jiwanya, dan tidak perlu takut atau menyerahkan diri selain kepada Allah SWT.

 

 
BEBERAPA NAMA LAIN YANG DIBERI PADA SURAH IKHLAS.

Sepertimana kita sedia maklum bahawa ada 20 nama lain yang diberi kepada Surah Al Ikhlas. Berikut adalah beberapa nama lain yang diberi kepada Surah ini.

  1.     Surah Al Asas - kerana surah ini meletakkan asas kepada konsep Tuhan yang Satu (Tauhid) atau ‘Monothism’.
  2.        Surah An Nur - yang menerangkan konsep Tauhid kepada pembaca.
  3.   Surah Maarifa - menerangkan tentang Keunggulan Tuhan. Surah ini mengenalkan kita kepada Allah SWT dan siapa Allah SWT.
  4.     Surah Al Tajreed - membebaskan dari segala-galanya. Surah ini menghapuskan semua persepsi negatif tentang Allah SWT. Ia meletakkan asas kepada yang Maha Esa.r777
  5.    Surah Al Najah - menyelematkan jiwa daripada dicemari dengan kepalsuan mengenai konsep Tuhan (Allah), khususnya bencana seperti dosa dan balasannya.
  6.  Surah Al Munfirat - surah yang membuatkan syaitan berlari lintang pukang.
  7.   Surah An Nisbah - Surah yang menghubung Allah SWT dengan hambanya.
  8.  Surah As Samad - yang selalu diperlukan buat selama-lamanya. Allah SWT tidak memerluka sesiapa, tetapi manusia yang sentiasa memerlukan Allah.
  9.    Surah Al Tafreed - yang unik. Yang Maha Agung tidak mempunyai keluarga untuk menggantiNya. Hanya Allah SWT yang SATU. Tidak ada dua atau tiga.
  10. Surah Al Tauhid - Yang menyatukan. Monothisma (keunggulan Allah) yang               tulin.

                Dr. Yassir Qadhi, dalam siri ceramah beliau bertajuk, “You Never Heard of Surah Al Ikhlas Like This” telah menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa Surah Al Ikhlas adalah bersamaan dengan 1/3 Kitab Al Quran! Beliau seterusnya menjelaskan bahawa ini tidak bermakna apabila kita membaca Surah Al Ikhlas, kita tidak perlu membaca Al Quran !. Ini adalah satu anggapan yang salah. Sebenarnya ia bermaksud dalam ganjaran atau pahala yang diberi oleh Allah SWT adalah sama seperti seseorang yang membaca 1/3 dari KItab Al Quran.

Mengikut beliau lagi, adalah kebijaksanaan Allah SWT yang telah memilih 2 surah dari Kitab Al Quran yang telah menjadi sangat popular dikalangan orang Islam di seluruh dunia ia itu Sura Al Ikhlas dan Surah Al Kauthar. Hampir semua solat harian kita pasti mengandungi kedua-dua surah ini. Sebenarnya kebijaksanaan Allah SWT yang telah memilih 2 surah ini sebagai pelengkap atau saling melengkapi (complement one another). Dr. Yasir Qadhi telah membuat satu pemerhatian yang sangat luar biasa. Mengikut beliau, Surah Al Ikhlas adalah mempertahankan kemuliaan dan martabat Allah SWT. Apabila diganding Surah Al Ikhlas dengan Surah Al Kauthar.adalah mencerminkan agama kita, agama Islam. Beliau berpandangan bahawa Surah Al Ikhlas adalah berkaitan dengan kesempurnaan Allah SWT, manakala Surah Al Kauthar adalan berkaitan dengan kesempurnaan Rasulullah SAW.

                        Kedua-dua surah ini merupakan surah yang paling disukai oleh orang Islam. Rasulullah SAW sangat menyukai Surah Al Ikhlas, dan Baginda akan membaca surah ini dalam hampir semua solat sunat. Contoh dalam solat sunat Subuh, solat sunat Maghrib, solat sunat Witir dsn.

                    Ustaz Azhar Idrus, pendakwah bebas dari Malaysia, dalam salah satu ceramah beliau berkaitan ‘Kelebihan Surah Al Ikhlas’ pada tahun 2020 telah menerangkan bahawa Imam Hambali telah membuat kenyataan,” Sesiapa yang berlalu disatu tanah perkuburan, kemudian membaca Surah Al Ikhlas sebanyak 11 kali, dan dia hadiahkan kepada penghuni kubur itu, maka orang itu akan dapat pahala sebanyak jenazah dikuburkan di situ”

                        Diriwayatkan oleh Saidina Muad bin Jabbal dan Saidina Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang membaca Surah Al Ikhlas sebanyak !0 kali tiap-tiap hari, Allah SWT akan mendirikan sebuah istana di Syurga.

BEBERAPA PERISTIWA PENTING BERKAITAN KELEBIHAN SURAH AL IKHLAS

                        Ustaz Abu Bakar Zoud, dalam ceramah beliau di Masjid Jamia Sultania, Amerika Syarikat pada tahun 2020 bertajuk “The Secrets of Surah Al Ikhlas,” menyifatkan surah ini bermakna “Tulin” atau “Suci” atau “Ikhlas”. Beliau menjelaskan bahawa keseluruhan surah ini menerangkan tentang kepercayaan sepenuhnya kepada Allah SWT iaitu Allah SWT adalah SATU (Tauhid).

PERISTIWA 1

                    Terdapat satu peristiwa yang diriwayatkan oleh sahabat Rasulullah SAW bernama Saidina Abu Dahdar bahawa beliau pernah mendengar Rasullullah SAW bersabda kepada para sahabat, ‘Adakah sesiapa di sini yang tidak mampu membaca 1/3 dari Kitab Al Quran?’. Para sahabat menjadi hairan dengan persoalan Rasulullah SAW ini. Mereka bertanya, “Bagaimanakah ianya mungkin (membaca 1/3 dari Al Quran)?”. Rasulullah SAW menjawab baca, “Qul huwal laahu ahad,” Baginda menerangkan bahawa ganjara atau pahala yang diberi oleh Allah SWT adalah IBARAT membaca 1/3 dari Kitab Al Quran. Jadi jika seseorang membaca surah ini 3 kali, ianya bersamaan ganjaran atau pahala adalah sama seperti membaca seluruh Al Quran.

PERISTIWA 2

                    Diriwaytkan oleh Saidina Muad bun Jabbal dan Saidina Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiap yang membaca Surah Al Ikhlas sebanyak 10 kali tiap-tiap hari, Allah SWT akan dirikan sebuah istana di Syurga

PERISTIWA 3

                    Diriwayatkan bahawa ketika peristiwa ini terjadi, Rasullullah SAW berada di Perang Tabuk. Tiba-tiba cuaca yang panas menjadi mendung. Dalam keadaan mendung turun Malaikat Jibril. Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril, mengapa cuaca dengan tiba-tiba menjadi mendung? Malaikat Jibril menjawab kerana sayap 70,000 malaikat yang diarah turun oleh Allah SWT untuk menyempurnakan dan menyembahyangkan jenazah Mua’awiah bin Mua’wiyah bin Al Laisi yang telah meninggal dunia. Malaikat Jibril meminta supaya Rasulullah SAW menyempurnakan dan sembahyangkan jenazah Mua’awiah bin Mua’wayiah bin Al Laisi itu. Jenazah itu di sembahyangkan oleh Malaikat Jibril, Rasullullah SAW, Para Malaikat (70,000 Malaikat) dan para sahabat yang turut berperang itu.

                      Selepas selesai menyempurnakan jenazah Mua’awiah, Rasululla SAW bertanya kepada Malaikat Jibril, bagaimana Mua’wiah boleh capai tahap yang tinggi begini? Apakah amalannya? Malaikat Jibril menjawab, di mana sahaja Mua’awiah pergi atau berada, beliau tidak berhenti membaca surah Al Ikhlas. Oleh yang demikian, Allah SWT telah mengutuskan Malaikat Jibril bersama 70,000 malaikat untuk menyembahyangkan jenazah Mua’awiah itu sebagai satu penghormatan.

PERISTIWA 4

                    Diriwayatkan oleh Saidnatina Aishyah Ummul Mukminin bahawa Rasulullah SAW telah menghantar seorang pahlawan untuk mengetuai pasukan tentra Islam dalam misi peperangan. Pemimpin tentera ini akan sentiasa menjadi imam dalam semua solat. Tiap kali dia tamatkan solat, dia akan baca Surah Al Ikhlas sebagai penutup kepada solat, pada TIAP-TIAP waktu. Para sahabat menjadi hairan dengan perbuatan ini dan mereka lapurkan perkara ini kepada Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda, ’Pergi tanya kepadanya kenapa dia buat begitu?’. Maka jawab pemimpin tentera (imam ) bahawa “Suratul Al Ikhlas mengambarkan sifat Ar Rahman Allah SWT, sungguh pun perkataan Ar Rahman tidak ada dalam surah ini namun saya dapat bayangkan dan merasakan Rahman dan kasih sayang Allah SWT terangkum dalam surah ini, sebab itu saya suka membacanya”. Rasulullah SAW seterusnya bersabda kepada salah seorang dari sahabah,”Pergi beritahu dia bahawa Allah SWT sayangkan dia”. Oleh kerana imam itu mencintakan Surah Al Ikhlas, menjadikan Allah SWT mencintainya. Jadi kita seharusnya mempunyai cinta yang istimewa kepada Surah Al Ikhlas jua. In Shaa Allah, Allah SWT akan mencintai kita juga.

KHASIAT SURAH AL IKHLAS UNTUK KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT-SIRI 53. DI AMBIL DARI HADITH RASULULLAH SAW DAN MAQOLAH ULAMA OLEH MAJMU’ATUL FAWAA – TAHUN 2020 – OLEH USTAZ AHMAD JAMALUDDIN, INDONESIA.

                        Berikut adalah beberapa khasiat Surah Al Ikhlas seperti di sampaikan oleh Ustaz Ahmad Jamaluddin, INDONESIA, dalam ceramah beliau bertajuk “Khasiat Surah Al Ikhlas Untuk Kebahagiaan Dunia dan Akhirat –Siri 53, tahun 2020. Baca Surah Al Ikhkas sebanyak 1001 kali. Syaratnya, tidak boleh berubah dari tempat duduk asal. Sebagai contoh, lepas selesai solat, duduk ditempat yang sama dan baca Surah Al Ikhlas sebanyak 1001 kali. Tidak boleh ada sebarang gangguan sewaktu sedang membaca Surah Al Ikhlas itu. Baca ‘Bismillah irrahmanirrahim’ hanya SEKALI, pada bacaan yang pertama sahaja. Bacaan seterusnya tak perlu membaca Bismillah irrahmanirrahim. Baca tiap-tiap malam selama 8 malam berturut-turut. Lepas baca Surah Ikhlas sebanyak 1001 kali, doa apa yang dihajatkan. PASTIKAN BACAAN SURAH AL IKHLAS ADALAH TEPAT 1001 – TIDAK BOLEH KURANG ATAU LEBIH. FOKUS SPENUHNYS KEPADA BACAAN SURAH AL IKHLAS SEMATA-MATA. In shaa Allah, doa itu akan dimabkulkan oleh Allah SWT. (Sumber: Kitab Khanizatul Asrar).

 

  •      Agar kita sentiasa dekat dengan Allah SWT, dan diampunkan semua dosa-dosa kita oleh Allah SWT.

Diterangkan dalam Hadith Rawiah, bahawa seorang lelaki telah menemu Rasulullah SAW dan telah mengaku bahawa dia telah membuat banyak dosa, dan ingin berhenti berbuat dosa dan ingin bertaubat Nasuha. Lelaki ini bertanya kepada Rasulallah SAW apa dia harus buat supaya dosa-dosanya diampunkan oleh Allah SWT, dan dia dapat berdekatan kepada Allah SWT. Rasullullah SAW menasihat dia supaya banyak membaca Surah Al Ikhlas. Baginda memberitahunya bahawa Surah Al Ikhlas akan mendekatkannya kepada Allah SWT, dan semua dosanya akan di ampunkan oleh Allah SWT.

  •    Diterangkan dalam kitab Khzinatul Asrar, bahawa orang yang membaca dan mencintai Surah Al Ikhlas akan mati dalam keadaan Husnul Khotimah dan terselemat azab atau siksa kubur. Dia akan menyeberangi Titian Sirratul Mustaqim secepat kilat dibawa oleh para Malaikat!  Iman At Tibrani dan Abu Nuaim telah mengeluarkan sebuah Hadith yang sahih, dan dari sanad Rasulullah SAW bersabda Rasulullah, “Sesiapa yang membaca Surah Al Ikhlas ketika dia sedang sakit, dan meninggal dunia maka orang itu tidak akan difitnah di kuburnya, akanselamat di Alam Barzah. Allah akan selamatkan orang itu dar himpitan kubur, dan para Malaikat akan bawa orang itu dengan sayap-sayapnya melewati atau menyeberangi Jambatan Sirratul Mustaqim, dan terus ke Syurga Allah SWT.”

  •     Mengamalkan Surah Al Ikhlas akan membuka pintu rezeki seseorang, dan akan dihilangkan kefakiran oleh Allah SWT.

                    Ustaz KH Muhammad Bakheit, Indonesia, dalam ceramah yang bertajuk “Manfaat Surah Al Ikhlas – Memberi Kekayaan Dunia dan Akhirat dalam satu ceramah yang di beri pada 27 November 2019, telah memberitahu bahawa, Ansaal bin Saal, disampaikan oleh sahabat Saal bin Saad. Telah datang seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa dia fakir dan mahu jadi kaya. Rasullullah SAW menjawab,” Bila nak memasukki rumah, dan di dalam rumah itu ada orang, maka beri salam ASSALAMMUALAIKUM dan baca Surah Al Ikhlas sekali, baru masuk rumah. Sekiranya tidak ada orang di dalam atau rumah kosong, baca “Assalamualaina waibadillah issallihi” kemudian memberi salam “Assalammualaikum”, dan baca Surah Al Ikhlas sekali, baru buka pintu”. Maka dengan mangamalkan apa yang dinasihatkan oleh Rasullullah SAW,  dengan izin Allah SWT dan berkat Surah Al Ikhlas, maka kekayaan fakir tadi bertambah-tambah!

 

  •     Untuk men olak bermacam bala dan wabak.

                    Diterangkan dalam kitab Fathul Malikul Majid - telah dikata oleh ulama, siapa yang membaca Surah Al Ikhlas selepas Solat Maghrib dan Solat Sunat Badiaah, kita baca Surah Al Ikhlas sebanyak 1001 kali (di antara Maghrib dan Isyak) dan mendoa kepada Allah SWT, maka orang itu akan dilindungi dari bermacam bala dan musibah.

5.    Diterangkan dalam Kitab Khazinatul Asrar, untuk keselamatan dalam perjalanan.

            Sabda Rasulullah SAW, sebelum berangkat pegang sebelah tiang pintu dengan sebelah tangan, dan baca Surah Al Ikhlas 11 kali, maka Allah SWT akan selamatkan perjalanan pergi dan balik.

CATATAN: 

            Penulis mohon maaf kerana lewat sedikit membuat update, Sepatutny, diupdate pada 28. Mac. Disebabkan masalah kesihatan, maka tidak dapat buat ‘up date’ pada tarikh tersebut. Harap Maaf. Dengan terbitnya article ini, maka tamat topik Surah Al Ikhlas. Lepas ini kita akan memasuki satu topik baru. Harap pembaca sudah ‘like’, ‘follow’ dan sudah tekan ‘loceng’ supaya anda akan tahu apabila pengarang membuat ‘posting’ atau ‘uploading’ baru. Terima kasih kerana sudi membaca. Pengarang berharap article ini adalah menarik, dan telah memberi sedikit impak yang positif kepada para pembaca. 

Popular posts from this blog

HANYA 4 AYAT, TETAPI KESANNYA LEBIH KUAT DARI SEPELUH BOM ATOM!!! (Bahagian 1)

THE MYSTERIES AND THE SECRETS OF SURAH AL-FATIHAH Part-1

HANYA 3 AYAT RINGKAS, TAPI MAKNANYA AMAT SANGAT MENDALAM!!!