HANYA 3 AYAT RINGKAS, TAPI MAKNANYA AMAT SANGAT MENDALAM!!!

  بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

In the Name of Allah—the Most Compassionate, Most Merciful.

“LOVE ALLAH. LOVE THE HOLY PROPHET, LOVE THE QURAN. LOVE YOUR PARENTS, LOVE AL KAUSAR”.

“WE WILL BE LOVED BY ALLAH” 

HANYA 3 AYAT RINGKAS, TAPI MAKNANYA AMAT SANGAT MENDALAM!!!

SURAH AL KAUTHAR ( AL KAUSAR )

(CHAPTER NUMBER 112)

By

Abdul Wahap Bin Abdul Hamid


PENGENALAN

                    Surah Al Kauthar adalah surah yang terpendek dalam kitab Al Quran. Ianya terdiri dari 3 ayat pendek sahaja. Terdapat 2 lagi ayat yang mengandungi 3 ayat sahaja iaitu Surah Al Asr dan Surah An Nasr. Bila dibandingkan di antara 3 surah ini, ternyata bahawa Surah Al Kauthar adalah TERPENDEK. Keputusan ini adalah berdasarkan jumlah ayat dan huruf yang terdapat di dalam tiap surah, maka Surah Al Kauthar mengatasi Surah Al Asr dan Surah An Nasr.

                    Oleh kerana surah ini pendek, dan hanya mengandungi 3 ayat,  seringkali kita pandang ringan atau pandang surah ini sebagai satu surah yang mudah dan bersahaja serta kurang kepentinganya. Surah ini sangat mudah untuk dihafal, dan kerap dibacakan dalam solat. Disebabkan perkara ini, seringkali surah ini dipandang ringan.

                   Hakikatnya, sekiranya kita memahami surah ini yang sangat mendalam maksudnya dan yang memerlukan kefahaman yang sangat mendalam, kita akan faham betapa ‘serius’ surah ini, dan pandangan kita terhadap surah ini yang selama ini negatif akan berubah menjadi positif.

LATAR BELAKANG SURAH AL KAUTHAR

                    Ustadz Sheikh Abu Bakr Zoud, seorang pakar Tafsir hadis menjelaskan bahawa, surah Al Kauthar di kenali dengan 3 nama seperti berikut:

          1, Surah Al Kauthar ( Al Kausar )

          2. Surah “Innaaktoina Kal Kausar” -  Diriwayatkan oleh Ibn Abbas dalam                             satu hadith yang sahih bahawa surah ini diturunkan di Mekah. Imam Bukhari menggunakan nama ini dalam Sahih Al Bukhari.

          3. Surah Al Nahar (bermaksud sembelih (unta).

                   Keseluruhan surah ini adalah berkaitan dengan pengurniaan (generosity) Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Tema keseluruhan surah ini adalah berkaitan dengan kemurahan atau pengurniaan Allah SWT kepada Nabi SAW dan umatnya. Berdasarkan kepada perkara ini, maka surah ini di namakan Surah Al –Nahar, juga bermaksud kemurahan (generosity).

                        Terdapat perbahasan dikalangan ilmuan agama tentang status surah ini. Adakah surah ini surah Makkiyyah (Mekah) atau surah Madaniyyah (Madinah)?. Dalam erti kata lain, surah ini diturunkan di Mekah atau di Madinah? Surah Al Kauthar merupakan surah yang ke 15 dalam Al Quran, yang di turunkan di Mekah.

SEJARAH SURAH AL KAUTHAR

                            Apakah peristiwa yang mengakibatkan surah ini diturunkan oleh Allah SWT? Mengikut pandangan Sheikh Navaid Aziz, seorang pendakwah bebas, para ulama bersepakat bahawa faktor utama yang menyebabkan penurun surah ini ada kaitan dengan kewafatan anak lelaki Rasulullah SAW bernama Abdullah. Abdullah merupakan anak lelaki terakhir Rasullullah SAW, bersama dengan isteri Baginda SAW Siti Khadijah. Kewafatan Abdullah telah menjadikan Rasullullah SAW amat sedih dan berdukacita.

                                Ada seperkara yang perlu diambil perhatian. Masyarakat Arab memandang tinggi kepada anak lelaki, kerana anak lelaki akan meneruskan warisan keluarga dan mengekalkan martabat keluarga. Perkara warisan ini dipandang sangat serius oleh masyarakat Arab pada ketika itu. Apabila Rasulullah SAW mendapat Abdullah, kaum Quarisy menjadi sangat hampa, kecewa dan sedih. Ini adalah kerana Abdullah akan menyambung warisan Rasulullah SAW, dan juga akan mengembangkan agama Islam. Ini akan mengugat amalan tradisi mereka iaitu penyembahan berhala dan bentuk agama mereka yang lain. Malangnya, anak perempuan ‘tidak ada nilai’ dalam masyarakat mereka, maka anak perempuan akan di buang atau dibunuh, adakalanya anak perempuan ditanam hidup-hidup! Mereka menganggap bahawa anak perempuan tidak mempunyai peranan dalam masyarakat mereka.

                          Kewafatan ini disambut dengan penuh kegirangan, kegembiraan dan kesukaan oleh kaum Quarisy yang sangat memusuhi Rasulullah SAW kerana Baginda SAW membawa agama yang baru iaitu Islam. Kaum Quarisy menentang agama Islam kerana ini adalah bertentangan dengan amalan tradisi mereka.  

                                    Mengikut Ustadz Dr Yasir Qadhi, seorang ulama tafsir yang terkenal di Amerika Syarikat dan Eropah, kewafatan ini telah menjadi bahan ejekan kaum Quarisy yang telah lama berdendam dengan Rasulullah kerana membawa agama Tauhid. Mereka seolah-olah berpesta dengan kewafatan Abdullah. Mereka menjerit_jerit kegembiraan “Khadbutira Muhammad, Khadbutira Muhammad,” yang bermaksud bahawa warisan Rasullullah SAW sudah terputus atau terpotong, Ejekan serta cemuhan dan hinaan didalangi oleh salah seorang dari ketua kaum Quarisy yang bernama Al Asr ibn Walid. Mereka menghina Rasullullah SAW dengan menyatakan bahawa warisan baginda sudah terputus, dan Allah SWT sendiri telah memutuskan warisan Rasullullah SAW dengan ‘mengambil’ Abdullah dan Baginda SAW akan dilupakan dalam lipatan sejarah. Ini telah menjadikan Rasulullalah SAW sangat sedih. Di waktu kesedihan seperti ini, seharusnya masyarakat bersimpati dan memberi kata-kata semangat atau menenangkan Rasulullah SAW. Malangnya, keadaan ini diambil kesempatan oleh Al Asr Ibn Walid, untuk menghina dan mencemuh serta menejak Rasulullah SAW. Ini menunjukan betapa tidak berperikemanusiaan serta kejam mereka terhadap Rasulullah SAW. Ini merupakan satu fasa hidup Rasullullah SAW yang sangat mencabar yang telah menjadikan Rasulullah SAW menjadi amat sangat sedih dan berdukacita. Pada ketika inilah Allah SWT telah menurunkan surah Al Kauthar untuk mengembirakan serta menenangkan perasaan Rasullullah SAW yang begitu duka, sedih dan tertekan. Ini adalah bukti yang kukuh untuk menunjukkan bahawa surah ini di turunkan di Mekah atau Surah Makkiyyah.

                        Berikut adalah bukti Surah ini juga diturunkan di Madinah atau surah Madaniyyah. Surah Al Kauthar telah diturunkan sebanyak 2 kali seperti Surah Al Ikhlas, di Mekah dan Madinah.

                            Hadis ini diriwayatkan oleh Anas R.A. Beliau meriwayatkan bahawa satu hari Rasullullah SAW bersama sahabatnya sedang duduk di satu tempat. Pada ketika itu Rasulullah SAW telah terlelap sebentar. Dalm keadaan lelap, Rasulullah telah mengangkat kepala dan tersenyum. Bila Rasullullah SAW terjaga dari lelap, para sahabat tanya kepada Rasullullah SAW, kenapa Baginda tersenyum?. Rasulullah menjawab,” sewaktu saya terlelap sebentar tadi, satu surah telah diturunkan kepada saya. Rasullullah SAW membaca surah tersebut. Baginda SAW membaca surah tersebut sebegini,” Bismillah yirRahman nirRahim. Innaa a’taynaakal kawthar, Fasalli lirabbika wanhar, Inna shaai aka huwal abtar”. Ini bukti yang kukuh untuk mengesahkan bahawa surah ini adalah surah Madaniyyah.

                                    Kemudian Nabi SAW bertanya kepada para sahabat adakah mereka mengetahui apa itu Al Kawthar???. Para sahabat menjawab,” Hanya Allah dan Rasul Nya sahaja mengetahui.” Rasulullah SAW menjawab, “ianya adalah sebatang sungai di Syurga yang telah dijanjikan oleh Allah swt kepada  saya. Sungai itu mengandungi begitu banyak kenikmatan dan keistimewaan.” Rasulullah menggambarkannya sebagai “Houth” yang bermaksud kolam atau tangki atau empangan. Ia merupakan sebuah kolam di mana ramai manusia akan berkumpul pada hari kiamat (Padang Mahsyar). Kolam mini pula dikelilingi oleh cawan dan jag, jumlahnya sama banyak bintang dilangit. Rasulullah SAW bersabda bahawa ada manusia yang akan di halau atau tidak dibenarkan menghampiri kolam mini oleh para Malaikat.

                                Rasullullah SAW akan cuba mempertahankan mereka dengan bersabda bahawa mereka adalah umatnya. Malaikat akan memaklumkan kepada Rasullullah SAW bahawa mereka telah mendustakan agama, dan mengenalkan bidaah dalam agama, dan membawa kehancuran kepada agama. Rasullullah SAW akan menjawab,”Halau mereka dari sini, Halau mereka dari sini, mereka yang telah membawa kemusnahan kepada agama”.

                                    Ada di kisahkan dalam Sahih Muslim bahawa  Nabi SAW bersabda,” Saya akan berdiri di hadapan “houth” atau kolam, dan sesiapa yang memasukinya akan minum dari “houth” ini, dan mereka yang dapat minum dari “houth” ini tidak akan rasa dahaga selama-lamanya”. Rasullullah juga bersabda,” Ada manusia yang datang, yang saya kenal mereka, dan mereka kenal saya!” Dalam hadis itu ada tertulis,” Saya akan mengenali mereka dari tanda air wuduk mereka. Muka mereka akan bercahaya    (Nur) kerana air wuduk, dan saya akan dapat mengenali mereka dari cahaya atau Nur ini. Kemudian, satu hadangan akan diletak di antara saya dan mereka, dan mereka akan hilang dari pandangan saya”.  

 

Popular posts from this blog

HANYA 4 AYAT, TETAPI KESANNYA LEBIH KUAT DARI SEPELUH BOM ATOM!!! (Bahagian 1)

THE MYSTERIES AND THE SECRETS OF SURAH AL-FATIHAH Part-1