HANYA 4 AYAT, TETAPI KESANNYA LEBIH KUAT DARI SEPELUH BOM ATOM!!! (Bahagian 1)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
HANYA 4 AYAT, TETAPI KESANNYA LEBIH KUAT DARI SEPELUH BOM ATOM!!!
SURAH AL IKHLAS
(SURAH NOMBOR 112)
“CINTA ALLAH. CINTA NABI, CINTA QURAN. CINTA IBU BAPA KITA, CINTA SURAH AL IKHLAS”.
"ALLAH AKAN MENCINTAI KITA"
HANYA 4 AYAT, TETAPI KESANNYA LEBIH KUAT DARI SEPELUH BOM ATOM!!! (Bahagian 1)
Oleh
Abdul Wahap Bin Abdul Hamid
PENGENALAN
Surah Al Ikhlas adalah satu surah yang sangat aneh?
Kenapa aneh ya? Pernah kita berfikir kenapa surah ini di namakan Surah Al Ikhlas,
sedangkan perkataan “Ikhlas” tidak ada dalam surah ini! Jadi mengapa surah ini
dinamakan Surah Al Ikhlas oleh Rasulullah SAW?. Surah Al Ikhlas adalah istimewa
kerana Rasulullah SAW sendiri yang memberi nama Al Ikhlas kepada surah ini. Biasanya,
kebanyakkan surah-surah didalam Al Quran dinamakan oleh sahabat-sahabat
mengikut maksud dan tujuan sesuatu surah diturunkan. Jadi dari aspek ini, surah
ini sudah nampak keistimewaanya.
Berbalik kepada persoalan, kenapa surah ini
dinamakan Surah Ikhlas sedangkan perkataan “Ikhlas” tidak ada dalam surah ini.
Mengikut pandangan Nouman Ali Khan, penceramah agama bebas, menjelaskan
mengapa perkataan “ikhlas” tidak ada dalam surah ini, tetapi dikenali sebagai
Surah Al Ikhlas. Dalam ceramah beliau bertajuk, GET TO KNOW ISLAM, Episode
27- Surah Al Ikhlas, beliau menjelaskan “ikhlas” dalam konteks surah ini
adalah berkaitan dengan “proses memperhalusi dan mensucikan kepercayaan
sesorang kepada Allah SWT di dalam minda dan hati, kerana apabila apabila
konsep ini dapat diterapkan ke dalam jiwa dan minda seseorang, maka kita akan
menjadi “IKHLAS” dalam semua tindakan kita.
Mengikut pandangan Imam Farur Razi dalam ‘Kitab
Tafsir Ar Razi’ beliau telah mengkaji perkara ini sedalam-dalamnya dan
telah membuat kesimpulan “Ikhlas”’ adalah TINDAKAN BUKAN TULISAN!
Surah ini pendek dan hanya mengandungi 4 ayat yang
pendek. Surah ini sangat mudah untuk di hafal. dan surah ini ada dibibir dan di
hati hampir semua orang Islam dari kanak-kanak hingga ke orang dewasa. Surah
ini bermula dengan perkataan “Ahad” (bermaksud satu merujuk kepada sifat Allah
SWT yang SATU), dalam ayat pertama, dan berakhir dengan perkataan “Ahad” pada penghujung ayat yang terakhir!. Ini adalah bukti kukuh untuk menyatakan bahawa
Surah ini adalah berkaitan dengan Tauhid iaitu berkaitan Allah SWT. Satu lagi
keistimewaan surah ini adalah, semua ayat berakhir dengan huruf “Dal”. Surah
ini merupakan surah yang kedua paling banyak dibaca dalam solat, selepas surah “Ummul
Kitab” atau Surah Al Fatihah.
SEJARAH SURAH AL IKHLAS
KEWUJUDAN SURAH AL IKHLAS
Surah Al Ikhlas ada satu lagi keistimewaan. Ianya
merupakan hanya beberapa surah tertentu yang di turunkan 2 kali ia itu di Mekah
dan Madinah. Terdapa banyak versi tentang kewujudan Surah Al Ikhlas ini.
Mengikut Abu Bakar Zoud, seorang pendakwah
bebas yang terkenal di Amerika Syarikat, dalam siri ceramah beliau bertajuk “The Secret of Surah Al Ikhlas”, yang
disampaikan di Jamia Masjid Sultania di Amerika Syarikat pada tahun 2020, terdapat
2 kisah atau peristiwa yang mengakibatkan Surah Al Ikhlas di turunkan 2 kali.
Di Mekah, apabila Rasulullah SAW membawa agama baru
(Islam), penduduk di sana sudah mula gusar dan tidak senang hati. Mereka adalah
penyembah berhala. Adalah dikatakan terdapat lebih dari 360 berhala di
sekeliling Kaabah. Patung-patung itu di bawa dari merata-rata tempat. Apabila
mereka pergi berdagang di sesuatu tempat, mereka akan bawa pulang patung dari
tempat tersebut. Patung-patung ini juga dibuat oleh mereka dengan mengunaka
logam-logam seperti emas, perak, tembaga, besi dan juga dari kayu.
Mereka mula menyindir dan mengejek-ejek Rasulullah
SAW kerana membawa agama baru ini. Untuk menyakitkan hati Rasullullah SAW, mereka
bertanya banyak soalan seperti siapa keturunan Tuhan (Allah), Tuhan diperbuat
dari bahan apa dan sebagainya. Dalang kumpulan ini adalah 2 orang ketua
penyembah berhala di Mekah yang bernama Amr Ibn Tufail dan Abbat Ibn Rabia’a.
Apabila suasana menjadi serius, selepas beberapa
hari Allah telah mengutuskan Malaikat Jibril supaya menyampaikan Surah Al
Ikhlas kepada Rasulullah SAW untuk membantu menjawab persoalan yang dikemukakan
oleh penyembah berhala itu. Apabila Rasulullah SAW membaca Surah ini, mereka
terpegun dan terdiam kerana Surah ini sudah menjawab semua persoalan mereka.
Di Madinah pula lain kisahnya. Kaum Yahudi, yang
diketuai oleh padri-padri mereka telah mempersoalkan tentang Allah SAW dan
agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Padri-padri Yahudi meminta Rasulullah SAW
menceritakan tentang Allah SWT. Mereka ajukan soalan seperti, adakah Allah SWT
makan dan minum? Siapa akan mewarisi dari Allah SWT dan sebagainya. Sekali lagi
Allah SWT menurunkan Surah Al Ikhlas di Madinah pula kali ini untuk membantu
Rasulullah, Sebab peristiwa-peristiwa ini, Surah Al Ikhlas diturunkan 2 kali.
KEAJAIBAN MATEMATIK DALAM AL QURAN
oبِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
oوَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ oلَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ oاللَّـهُ الصَّمَدُ oقُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ
( SILA KELUARKAN AL QURAN UNTUK PANDUAN ANDA )
Mengikut Hasan Madi, seorang pendakwah bebas
Barat yang membuat kajian berhubungan keajaiban-keajaiban matematik atau nombor
yang terdapat dalam Al Quran berkaitan Surah Al Ikhlas, dalam ceramahnya
bertajuk “The Magnificent Balance in Chapter 112”, telah membuat pemerhatian
dan penjelasan seperti berikut :
- Kitab Suci Al Quran adalah sebuah ‘buku’ yang tidak ada tolok
bandingannya, dan rahsia dalam Al Quran akhirnya terbongkar dan dijelaskan. Mengikut beliau, dalam surah ini (Al Ikhlas) kita
akan dapati bahawa terdapat satu struktur unik Al Quran di mana huruf,
perkataan dan bunyi atau vocal sangat seimbang atau ‘seirama’.
- Surah 112 {Surah Al Ikhlas) hanya terdiri dari 4 rangkap ayat sahaja,
tetap terdapat 1 kasrah ( Tanda bacaan huruf Arab yang menandakan bunyi, baris
di bawah ) dalam keseluruhan surah ini!. Beliau seterusnya menjelaskan bahawa
perkara ini sangat aneh kerana biasanya akan terdapat 1 atau lebih kasrah dalam
satu ayat, tetapi sangat aneh dalam surah Al Ikhlas terdapat hanya I kasrah
dalam keseluruhan surah ini!. Beliau telah menkaji perkara ini untuk mencari
rahsia disebaliknya. Mengikut kajian atau analisis beliau, didapati bahawa
Surah Al Ikhlas, terdiri dari hanya 15 perkataan dan 47 huruf atau abjad
sahaja!.
- Keunikan dalam surah ini terdapat pada perkataan nombor 8 yang terbentuk
dengan huruf-huruf ‘ya’ ‘lamm’ dan ‘dal’ (YALID).
- Huruf ‘lamm’ ada kasrah. Kewujudan kasrah ini telah membahagikan
surah ini dalam dua bahagian yang sempurna (equally divided into two halves).
- Terdapat 7 perkataan SEBELUM kasrah (YALID), dan 7 perkataan SELEPAS
kasrah, Ini menerangkan 7 pringkat kejadian manusia dari air nani dehungga
nenjadi bayi.
- Terdapat 23 huruf SEBELUM kasrah ( YALID ), dan 23 huruf SELEPAS kasrah.
Hurur ‘lamm’ adalah huruf nobor 23 dalam surah ini (huruf tengah). Ini
pula menjelaskan berkaitan 23 pasang (46 kromosom keseluruhan dalam sel manusia
atau haiwan) kromoson yang terdapat dalam struktur yang membawa maklumat genetik dalam tumbuhan
manusia dan haiwan.
- Surah Al Ikhlas adalah satu surah
yang terpenting selepas surah Al Fatihah.
- Surah ini adalah berkenaan dengan TAUHID, Keunggulan atau Kesaan Allah SWT.